FITRI SUATU INFINITI : Aleng Tohara's Solo Art Exhibition


FITRI SUATU INFINITI adalah satu tema istimewa yang mengetengahkan hasil seni daripada Aleng Tohara yang berupaya melangkaui imaginasi, inspirasi, suasana masa lampau, hari ini, masa kini dan masa hadapan.


FITRI, untuk mengingati kegembiraan di bulan Aidilfitri, memandangkan definisi FITRI itu sendiri menggambarkan fitrah, keaslian, ketulenan, ketelusan dan kemurnian di bulan Syawal, raikan Aidilfitri yang mulia ini.


INFINITI, ialah konsep yang dekat dengan hati, di mana ia merangkumi pengalaman hidup sebenar artis, yang mana pengalaman tersebut tidak ada had limitnya.


Hasil seni Aleng bagi pameran solo ini mengetengahkan luahan hati sebagai suatu idea yang diterjemahkan ke atas kanvas melalui sentuhan seni beliau. Bagi AlengTohara, seni menggambarkan perasaan dan perwatakan sebenar di dalam sanubari seseorang. Oleh itu, melalui pameran solo ini juga, kesemua luahan hati Aleng melalui hasil seni beliau akan dibahagikan kepada 5 konsep, iaitu Abstrak Moden, FITRI, Semi Abstrak Flora dan Fauna, RINTIK dan Semarak (“Radiant / VIbrant”).


Setiap hasil seni daripada Aleng mempunyai maksud yang tersirat, dan sesetengah daripadanya turut diluahkan melalui puisi karya Aleng sendiri. 


Aleng Tohara ialah seorang penggiat seni dengan sentuhan tangan yang indah dan halus. Aleng mula berkecimpung di dalam bidang seni pada tahun 2001 semasa beliau memulakan pengajian tinggi beliau di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Hasil seni beliau bermula dengan lukisan kasual sebagai hadiah kepada rakan-rakan, dan kemudiannya berkembang secara semulajadi apabila Aleng mula menerima beberapa tempahan lukisan. Reputasi, dan pengumpul karya seni hasil seni Aleng semakin meningkat melalui perkongsian secara lisandan media sosial, berkat bakat semulajadi Aleng.


Setelah 22 tahun bergiat di dalam bidang seni halus ini, Aleng kini bersedia untuk berkongsi 26 hasil seni di atas kanvas bagi pameran solo, FITRI SUATU INFINITI di Galeri Seni Inner Joy (“Inner Joy Art Gallery”).


Pameran solo Aleng Tohara, FITRI SUATU INFINITI akan dibuka kepada orang awam pada 27 Mei sehingga 30 Jun 2023. Temujanji dengan untuk melawat pameran ini boleh dibuat dengan pihak galeri.


Perasmian majlis pembukaan pameran solo ini akan berlangsung pada 3 Jun 2023, Sabtu, dengan dirasmikan oleh SN Dato’ Rahman Shaari, Sasterawan Negara Malaysia, yang juga merupakan mentor sastera (puisi dan prosa) bagi artis AlengTohara.


Semua penggemar seni visual dan sastera dijemput hadir untuk menikmati hasil seni dan karya puisi Aleng Tohara.


Tekan SINI untuk Siaran Media.


Press HERE for Press Release.