Mustafa bin Yahya

Mustafa bin Yahya adalah seorang pelukis, jurufoto, mediator komuniti,aktivis seni dan guru lukisan mendidik orang kurang upaya dalam bidang seni lukis dan batik di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan, Bangi (PLPP) di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia yang dilahirkan pada 8 Ogos 1954 di Selangor. Telah mengadakan 7 pameran perseorangan lukisan dan fotografi dan pernah memenangi 4 hadiah fotografi peringkat korporat dan anjuran Jabatan Kerajaan. Menerima anugerah Tokoh Seni Daerah Hulu Langat (2008) dan Tokoh Daerah Hulu Langat (2006). Juga telah menerima anugerah Projek Inovasi Lukisan dan Fotografi dari Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Selangor (2005). Telah ditauliahkan sebagai Mediator Komuniti oleh IKLIN, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Jabatan Perdana Menteri.

"Seni dalam tafsiran lukisan adalah rekaan minda dan jiwa insan pelukis menjelmakan hasil rekaan lukisan." - Mustafa bin Yahya